Monday, July 27, 2009

Orang Tabligh,Ntah sape la yg bagi nama,Sedangkan kita sumer kan sama,Umat Nabi SAW semuanye,Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,x kan la keje ustaz dan ulama saja,Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?(menurut laporan berita Astro & mufti Perak seratus ribu Melayumurtad di Malaysia)........tersebut dengn permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara.untuk rekod; sebanyak lebih daripada 250,000 kes yang samamenanti di JPN untuk menukar agama, kenyataan & kajian Muti Perak.Permohonan sejak tahun 2000 untuk buang perkatan Islam tetapi tidakdibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari MahkamahSyariah yang membenarkan.)Orang Tabligh,Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,Yg td segar bugar dah tido terlentang,Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,Heh..betul la kata orang,Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.Orang Tabligh,Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,nak bayar hutang,Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.Orang Tabligh,Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,Jumpe sumer orang tak pilih bulu,Dari ustaz sampai le kutu,Sume nak ditemu,Nak diajak pd Allah yg satu.Orang Tabligh,Jalan bawak periuk belanga,Dipandang org takat sebelah mata,Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,Walaupun kekadang pedih gak telinga,Nabi dulu2 pun kan selalu kena,Dituduh dusta, dipanggil gila,Itu Nabi, apatah lagi kita,Yg banyak salah,yg banyak dosa,Takpe2, Allah kan ada,Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.Orang Tabligh,Kekadang buat silap...adat la manusia,Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.Orang Tabligh,Ada kat mana2,Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,Dari petani, engineer, sampai la Raja,Pelbagai adat, perangai beza2,Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.Orang Tabligh,Nak hidupkan sunnah Nabi,Janggut, jubah,seluar atas buku lali,Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,Kekadang tu kena gak perli,"Kita skang kan di zaman IT""Tak main la sunnah2 nih!"Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,Kang menyesal esok, sapa yg rugi?Kan diri sendiri..Orang Tabligh,Manusia biasa, ada hati,Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah, bergurau dgn bini,Or ajak anak main lari2,Or layan PS2 sampai pagi,Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,Kena korban lagi dan lagi,Yela..hidup ni kan cuma sekali,Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) , bila lagi?Orang Tabligh,Malam2 doa hidayat,Fikir risau,camne nak selamatkan umat,Supaya di akhirat suk semua selamat,Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,Tak perlu susah2,tak perlu keringat,N tak mau plak jumpe masyarakat,Just bz buat ibadat,Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".Orang Tabligh,"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??"Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,Sape saja yg bawak kebenaran,Tak kisah la orang Arab ke bukan,Sume kena bagi sokongan,Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,So x jadik masalah la kan?Orang Tabligh,Ajak keluar 3 hari,"I can't go..sorry!"Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,Berderai2 air mata keluar mcm air pili,"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,Kes2 camni mmg byk terjadi,Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),""no prob.,anytime kamiready!"Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,Wife mana la yg tak happy,Heh..ni la realiti,Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,Ya Allah selamatkan lah kami!Orang Tabligh,Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,Atau nak berlagak mcm dah tera,Tak jugak nak kafirkan sape2,Atau sibuk2 pergi mintak derma,Cuma nak amalkan agama yg sempurna,Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,Nak selamatkan manusia kesemuanya,Dari kena masuk neraka,Nak supaya Allah redha,masukkan kita dlm syurgaNya,Itu saja...Orang tabligh,Seluruh dunia...naik kapalterbang. ..pakai selipar jepun sahaje...Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....passport penuh cop many countries..Ade yang kerja tukang kebun sahaja...nak tanya nafkah batin?Balik dari keluar, macam pengantin baru...sama seperti balik dari fardhu haji........ ..Sayangkan bini tingal-tinggalkan. ..sayangkan anak...rotan digantungkan. .....sunnah nabi...bukan untuk mendera...speed limit sahaja...kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi..Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...kalau Nabi Nuh ikut teoritersebut, tak naik bahteralah jadiknye...Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...tak buat dakwahlah Nabi....tak sampailah Islam ke M'sia ni...Orang Tabligh,Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.You can't blame the teachers. You have to blame the distortions andignorance of their followers.Balighuanni walau ayah...Saidina Abu Bakarreceived the first kalimat terus buat dakwah...if he waits tunggu completeilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.Global politic & economy with no borders & chauvinism,M'sian, New Yorkers & Palestiniansduduk makan satu talam in Nizamuddin.. ...

Ijtimak Malaysia Sedunia 2009














































Karkuzari @ laporan ringkas


















Alhamdulillah, syukur pada Allah, ijtimak kita telah berlangsung dengan baik. Semoga segala penat lelah kita diterima Allah.Secara keseluruhan, karkuzari dari jitimak lebih kurang macam ni(kalau salah, tolong betulkan aku);









Kehadiran berdaftar 80,000 orang tempatan & 7,200 orang dari negara luar.









(aku rasa orang yang datang tak berdaftar 30% - 50% lagi)









Jemaah keluar selepas ijtimak;









Ulama keluar 1 tahun - 4 jemaah









4 bulan negara jauh - 6 jemaah









4 bulan negara jiran - 1 jemaah









4 bulan jalan kaki - 1 jemaah









4 bulan IPB(India, Pakistan & Bangladesh) - 27 jemaah









4 bulan dlm negeri - 7 jmh









2 bulan negara jauh - 1 jmh









2 bulan jalan kaki - 4 jmh









2 bulan dalam negeri - 6 jmh









40 hari negara jiran (indonesia/thailand/brunai/singapore)- 15 jmh









40 hari dalam negeri - 157 jmh









Jumlah keluar selepas ijtimak - 229 jemaah









Jemaah keluar sebelum ijtimak - 953 jemaah









Jemaah luar negara - 93 jemaah (40 negara)


















Elders2 kita begitu gembira dengan ijtimak kita ni. Gembiranya mereka, mudah2an sebagai tanda gembiranya Allah kepada kita.Maulana Saad ada menghubungi syura Malaysia dan menyampaikan salamnya pada kita. Dia menyatakan kegembiraannya dan tak pernah rasa gembira macam ni sebelumnya. Semasa bayan Maghrib, beliau rasa dadanya telah dibuka dengan luas dan dapat ilham yang begitu baik dari Allah.


















Maulana Zubir melalui prof. Abr Rahman juga mengucapkan salam pada kita.Hj Abd Wahab apabila ditanya apa perasaan beliau selepas ijtimak? Beliau tanya berapa jemaah yang keluar sebelum & selepas ijtimak? Selepas diberitahu jumlah jemaah yang keluar, beliau kata "buhud acha.."Penerimaan VIP (raja, PM, TPM, MB dsb) begitu baik sekali & harap ijtimak seperti ni dapat dibuat lagi.Pejabat agama, polis, bomba dan petugas2 lain mengucapkan tahniah untuk ijtimak. Ijtimak dapat dibuat dengan aman dan teratur.


















3 orang telah disyaki H1N1 tetapi didapati negatif dan dibenarkan keluar dari hospital.Jemaah2 luar negara juga dapat dilayan dengan baik. Makan minum meraka dapat diatur sesempurna mungkin.


















Usaha selepas ijtimakUsaha ijtimak terbahagi kepada 3 iaitu sebelum, semasa dan selepas ijtimak.Usaha selepas ijtimak sangat penting kerana hujan rahmat telah turun semasa ijtimak. Seperti tanah yang baru ditimpa hujan, sangat subur dan perlu diusahakan segera sebelum tanah menjadi keras.Di mana2 pun kita pergi, orang akan memperkatakan tentang ijtimak.


















Sekurang2nya di dalam hati setiap orang Islam akan wujud rasa kepentingan usaha dakwah ini. Kalau kita ambik peluang untuk usaha ke atas mereka, maka satu revolusi akan berlaku di dalam umat ini.Jadi sekarang bukanlah masanya untuk kita berehat!


















Usaha yang perlu dibuat selepas ijtimak;









Orang yang beri azam untuk keluar selepas ijtimak tetapi tak dapat keluar, perlu usuli mereka.









Jumpa setiap orang, dalam setiap rumah, dalam setiap kampung.









Sediakan mereka untuk keluar secara tunai.









Hidupkan masjid 24 jam dengan amalan masjid Nabi.









Juga hidupkan amalan2 di dalam setiap rumah orang Islam.









Nusrah setiap jemaah yang datang.









Gilir2kan orang untuk bersama jemaah supaya ahli jemaah gembira yang juga akan menggembirakan Allah.


















Bangun malam untuk tahajud dan doa hidayat.Semoga Allah terima aku dan korang semua untuk kerja dakwah ni.. amin..

Wednesday, September 17, 2008

AWAS 3 TA

Mengimbau kembali sejarah Nabi saw. Beliau pernah di tawarkan 3 perkara (3 TA) oleh pemuka2 Kafir Quraisy Makkah dengan syarat beliau menghentikan serta merta DAKWAH + TABLIGH / seruan supaya manusia kembali beriman pada Allah swt. Tawaran dibuat melalui paman beliau

Di jawab oleh Nabi saw : "Jika sekiranya mereka mampu meletak kan Matahari di tangan kanan ku dan Bulan di tangan kiri ku sekali pun, nescaya saya tidak akan menghentikan seruan ini". Apakah 3 TA itu ?
1. TAKHTA (dilantik menjadi ketua bagi seluruh tanah Hijaz)
2. HARTA (dikumpulkan/diserahkan seluruh harta kekayaan dari seluruh pelusuk Hijaz)
3. WANITA (dikahwinkan dengan wanita yang tercantik/ter'cute' yang ada di sekitar tanah Hijaz)

Dan memang sejarah pasti akan berulang. 3 TA inilah yang telah/sedang/akan menguji kita(termasuklah penulis yang hina dina ini). Tiada daya dan upaya untuk menepis ujian tersebut di atas TANPA pertolongan dari Allah swt jua

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu...Surah Muhammad : Ayat yang ke 7

'Soalan Bocor' - e

"Man ikhwanu ka" = Siapa saudara/i mu? Jawapan yang sepatutnya ialah SEMUA Orang yang beragama Islam. Secara teori nya, begitu mudah untuk kita menjawab soalan ini. Namun sebenarnya ianya bergantung kepada sebanyak mana kita telah menghubungkan silaturahim dengan saudara/i se'kalimah' dengan kita

Apa yang berlaku ialah (di negara ini sekurang2 nya), rakyat dari negara jiran seperti Indon, Bangla, Nepal etc...seolah2 di kelaskan sebagai golongan yang 'tersisih', padahal mereka pun hamba Allah swt macam kita. Mulia/hina nya seseorang di sisi Allah ialah sejauh mana TAQWA nya. Usahkan nak makan se'talam'/berjemaah, beri salam pun tidak ter'niat' oleh kita ! ZIARAH untuk silaturahim...emmh...jauh sekali

Renungkan lah sedalam2 nya...adakah dengan 'atitude' ini menyenangkan Allah swt atau ianya akan mengundang sebaliknya. Semoga Allah swt memberi kita semua taufk & hidayah Nya untuk bersiap sedia menjawab ke 5-lima soalan bocor di atas (dalam riwayat yang lain 3 soalan dan ada riwayat kata 6 soalan semuanya...wallahu a'alam bissawab)

'Soalan Bocor' - d

"Ma dinu ka" = Apa agama mu? Jawapan yang sepatutnya ialah apa yang telah menjadi anutan/ikutan/amalan yang kita jalani/sebati dengan kehidupan kita seharian. Kalau lah Islam yang menjadi 'way of life' kita...'Alhamdulillah' syukur banyak2.

Dan minta jauh sama sekali kehidupan yang mirip dengan orang2 Yahudi (kehidupan yang mengagungkan/mengejar/men'gila'i harta benda/pangkat semata2), Nasara (percampuran/pergaulan bebas lelaki + perempuan tanpa batas) & Majusi (segala rupa macam aktiviti sukan yang sehingga mengabaikan syariat Allah swt)...'amin ya rabbal 'alamin'

Monday, September 15, 2008

'Soalan Bocor' - c

"Ma Kitabu Ka" = Apakah kitab mu? Jawapan yang akan diberi adalah berdasarkan sejauh mana/sebanyak mana/selama mana kita mentelaah/membaca/menghayati sesuatu kitab/penulisan 'tertentu'. Kalau lah Al Quranul Karim yang menjadi bacaan/tatapan harian + dihayati apa2 yang terkandung di dalamnya, PASTI inysa Allah! gembiralah natijahnya.

Sebaliknya amat MALANG + sedih yang tidak terhingga jika masa yang diperuntuk kan lebih banyak kepada mem'belek'2 Berita Harian/Harian Metro/The Star/Nan Yang Siang Pau (dulu kecik2 attend sekolah cina-pandai ler baca)/Harakah/Majalah Mangga/Family/Hip dan macam2 lagi (tak termampu membilang 1 per 1) sehinggakan tak berkesempatan nak MENYENTUH Quran...na'uzubillah

Sedhaif2 nya, ikhtiar lah khatam kan Quran sekali dalam Ramadhan yang mubarak yang masih berbaki beberapa hari lagi...inysa Allah (atau sekurang2 nya khatam 2 kali dalam setahun, at least boleh buka mulut dan jawab kat Malaikat...Al Quran)

'Soalan Bocor' - b

"Man Nabiyyu Ka" = Siapakah Nabi Kamu ? Jawapan yang diberi bergantung sejauh mana kita 'ittibak' = mencontohi/praktik kan 'way of life'=gaya hidup junjungan besar Nabi saw dalam kehidupan seharian. Bukan nya kenal Nabi saw melalui tulisan/paparan sejarah/biodata semata2. Sejauh mana kita meyakini dalam hati dan menzahirkan dalam perbuatan 'sunnah' bermula dari bangun tidur sehingga tidur kembali (24 hours). Terasa bangga + syukur dapat beramal dengan sunnah. Jika yang menjadi ikutan/idola/kebanggaan kita selain dari Nabi saw, MUSTAHIL kita mampu menjawab soalan bocor ini...na'uzubillah

Mohon dijauhkan daripada akhlaq yang buruk dimana manusia yang memandang rendah/leceh/out dated terhadap sunnah Nabi saw. Cakap bukan main sayang lagi pada junjungan Nabi saw. Selawat (laungan semasa solah Taraweh)/berarak (sambutan maulidul rasul)/berzanji/beristeri ramai dan pelbagai lagi. Tapi kalau diselidiki dalam diri kita...usahkan 10 bahkan 1 sunnah Nabi saw pun...ya Allah...hampir2 pupus

Semoga Allah swt memberikan ummat ini taufik untuk kembali menghayati sunnah dalam erti kata yang sebenarnya. Amin Ya Rabbal 'Alamin

'Soalan Bocor' - a

Soalan pertama (dalam kubur) yang akan diajukan kepada setiap manusia yang meninggal dunia ialah "Ma Rabbuka" = Siapakah Tuhan kamu ? Jawapan yang akan diberi bergantung kepada apa yang ada dalam hati (Iman/i'tikad) tuan punya diri. Jawapan dalam bahasa 'Arab (tidak semestinya mereka yang fasih berbahasa 'Arab mampu menjawab). Kalau semasa hayat di dunia dulu, seharian/sentiasa/sepanjang masa dia bertaqwa pada Allah swt, me'lobby' keagungan/kebesaran/kerahiman Allah swt pada manusia lain, basah lidahnya dengan menyebut nama + kalimah Nya yang suci, BERTUAH lah! Tetapi kalau semasa hayat di dunia kita asyik me'lobby'/'discuss' keagungan/kebesaran/kehebatan makhluq ciptaan Nya (tanpa mengaitkannya dengan Allah swt), NAHAS lah!

Jika diteliti dalam kehidupan kita seharian, percakapan apakah yang menjadi topik perbincangan harian kita? Berbalik kepada profesyen masing2. Para Pemimpin - dok terkejar2 pangkat melobbi rakyat jelata, Para Peniaga - melobbi pelanggan dengan produk terbaik mereka, Para Tobib (doktor) - melobbi pesakit dengan ubat2 yang super power, Pegawai Kerajaan/Swasta - melobbi pelanggan masing2 dengan perkhidmatan, Para Penuntut - menuntut/discuss bagaimana nak cemerlang dalam akademik masing2...begitulah seterusnya profesyen yang wujud di muka alam ini

Oleh itu TER SANGAT2 LAH penting agar kita menyelitkan sebanyak mungkin perbincangan/pendengaran yang berunsurkan Keagungan/Ke-Esaan/ Kerahiman Allah swt dalam percakapan seharian kita...agar tidak lah 'kekok' bila terserempak dengan Munkar + Nakir yang sedang menanti setiap daripada kita...Semoga Allah swt selamatkan kita semua dari bencana di Alam Kubur...amin

Sunday, September 14, 2008

Ketetapan Ilahi

Jodoh, ajal maut dan rezeki sudah ditentukan oleh Allah swt bagi setiap makhluq ciptaan Nya, apatah lagi kita adalah sebaik2 mahkluq ciptaan Nya. Kerisauan yang 'melampau' terhadap ketiga2 perkara tersebut sebenarnya menzahirkan kejahilan kita di sisi Nya. Masalah yang sebenar bagi kita semua ialah bagaimana kita semua dapat menjalani kehidupan yang sejahtera, aman, makmur dan terhindar dari 'azab + bencana siksaan Api Neraka. Sedangkan api dunia pun sudah tidak tertanggung. Inikan pula nyalaan api akhirat. 'Na'uzubillah min dzalik'. Semoga Allah swt selamatkan kita dan ummat ini seluruhnya

Wednesday, September 10, 2008

13 PINTU – PINTU REZEKI

Berdasarkan Quran + Hadith, para ulama' sepakat bahawa berikut merupakan pintu2 rezeki bagi seorang yang BERIMAN...
1. Taqwa – takut/taat/patuh hanya pada Nya
2. Tawakkal – berserah diri sepenuhnya kepada Nya
3. Solat – selain dari yang fardhu, ditambahi dengan yang sunnat
4. Doa – sentiasa bermohon/bermunajat pada Nya jua
5. Dakwah – menyeru manusia kepada Nya
6. Zikir – sentiasa menghubungkan diri pada Nya
7. Istiqamah dalam Iman dan 'amal soleh
8. Silaturrahim – menghubungkan silaturahim sekalipun mereka yang membenci
9. Taklim – belajar ilmu2 agama/akhirat
10. Tilawah – membacakan ayat-ayat suci Al Quran secara istiqamah
11. Sedekah – membelanjankan harta semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Nya
12. Nikah – mendirikan rumah tangga...dan yang 'last but not least'...
13. KERJA / Berusaha - makan gaji / self employed yg pasti halal

Semoga Allah swt memberi kekuatan kepada kita untuk berikhtiar melalui kesemua saluran/pintu2 di atas. Amin

Saturday, September 6, 2008

Sambungan...sifat 'Ananiah'

Antara mula2 maksiat yang wujud setelah manusia diciptakan ialah sifat 'ananiah' ( Ana = Aku ). Sifak 'keakuan' = 'ananiah' amat merbahaya. Cuba bayangkan, asbab sifat tersebutlah dia Syatian/Iblis dilaknat (kekal) oleh Nya. Contoh yang mudah ialah kata2/perasaan(dalam hati) seperti,
1. emmh...macam mana nak makan dengan dia...aku lepasan 'u' sedangkan dia...emmh SPM pon tak lepaih...
2. aku pegawai/dr/prof/datuk/dato'/datin/tuan haji...dia...habuk pon tak de !
3. aku ahli masjid...dia tu...batang hidung pon tak nampak
4. aku ade kereta/motor jaguh/motor kapcai...dia...kaki ayam jer
5. dan begitulah...seterusnya...

''wana 'uzubillah min dzalik...''

Sifat 'Ananiah'

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ : قَالَ أَنَا۟ خَيۡرٌ۬ مِّنۡهُ‌ۖ
Iblis menjawab: Aku lebih baik daripadanya...(permulaan ayat ke 75: Surah Sad)

( Maksud Vs. Keperluan ) Hidup

Berdasarkan Al Quranul Karim, Allah swt mengutuskan manusia (kita) untuk 2 maksud.
Sebagai 'khalifah' dan 'beribadah' - demi untuk kelangsungan hidup yang sejahtera di dunia yang fana ini dan kegembiraan/keseronokan yang tidak berpenghujung di kehidupan akhirat yang kekal abadi selamanya. Sambil2 mengecapi keperluan hidup di dunia antara lain disebutkan ialah berkeluarga, makan/minum, berpakaian, kediaman dan kemudahan logistik (berkenderaan). Malang 1000 kali malang apabila Keperluan telah tersalah tafsir sebagai Maksud Hidup (dan begitu juga sebaliknya). Natijahnya kini, jelas apa yang berlaku setiap detik seharian di depan mata kita. Semoga Allah swt memelihara kita semua dari tipu daya Dunia + Syaitan + Nafsu jahat yang sentiasa (tanpa jemu) untuk menjerumuskan kita ke lembah penyesalan yang tak berkesudahan. Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Wednesday, September 3, 2008

"Qolbin Salim"

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
يَوۡمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ۬ وَلَا بَنُونَ (٨٨) إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبٍ۬ سَلِيمٍ۬ (٨٩)
Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun. Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); Ayat ke 88 + 89: Surah As Shuara

Tak tahu ? Jangan malu bertanya !

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
فَسۡـَٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّڪۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
maka bertanyalah kamu kepada Ahluzzikri jika kamu tidak mengetahui.
Akhir ayat 7 : Surah Al Anbiya

Tuesday, September 2, 2008

Advices 4 us (as well)

Some advices from Our Beloved Nabi s.a.w to his companion, Aboo Zarr r.a. :
1. Develop fear of Allah ta'aalaa in your heart, because this is the root of it all
2. Stick to reading the Quran because it is noor for you in this life and provision for the aakhirah
3. Abstain from too much laughter because it causes the heart to whiter and the face loses its lustre
4. Stick to jihaad because this is the rahbannneeyah (monasticism) of my ummah
5. Associates yourself with the poor and the needy, be friendly with them and sit in thier company
6. Look towards those who rank below you (so that you may get used to being thankful) and do not look at those who rank above you, lest you should despise the favours of Allah ta'aalaa upon you
7. Let your own faults prevent you from criticizing others and do not try to find fault with others, because you commit those faults yourself. It is enough to prove you at fault that you should find in others such faults as you yourself possess, though you may be not aware of them and that you should find in others such misdeeds as you commit
8. There is no wisdom better than prudence, nor any nobility better than polite manners

( exctracted from Fadaa'il of The Quran, 3rd Edition by Syaikh al-Hadeeth Mawlaanaa Muhammad Zakariyyaa, pages No 41 - 44 )

70 kali sehari ( setiap 21 minit sekali )

Sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a.,bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud, " Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari."ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa. Maka berkata Izrail: " Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa"Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya dengan malaikat maut.
1 hari=24 jam=1440 minit1440 minit/70 kali malaikat menjenguk kita=20.571 minit
INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT

Jiwa & Harta Benta Orang Mukmin - sudah dibeli

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَٲلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَ‌ۚ
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga,..Permulaan ayat 111 : Surah At Taubah

Monday, September 1, 2008

Bulan Ramadhan terbahagi 3

Permulaan 10 hari Ramadhan merupakan Rahmat
اووالوهو = رحمه
Pertengahan 10 Hari Ramadhan akan diberi Keampunan
وا ڠاءو ساتوهو = مغفرة
Akhir 10 hari di Lepaskan dari Api Neraka
وا اخيراوهو = اتقون مينن نر

"24 Hours"

Kalimah Toyyibah @ " La ilaha illallah Muhammadur Rasullah " mempunyai 24 huruf hija'iah. Kalimah 'La ilaha illallah' merupakan kalimah IMAN = iaitu i'tiqad / pergantungan kita hanya kepada Allah swt semata2. Kalimah 'Muhammadur Rasullah' merupakan kalimah AMAL = iaitu gerak laku/akhlaq kita hanya berlandaskan contoh yang telah dipamerkan oleh Nabi saw. Oleh itu 24 jam / setiap saat kehidupan kita sehari semalam tidak boleh lari dari memenuhi tuntutan Kalimah Toyyibah

Anak kunci syurga ?

Solah bukan setakat 'anak kunci' syurga bahkan ianya juga 'tiang agama'. Juga sebagai 'wasilah' untuk mengadu hal makhluq kepada Khaliq (Allah swt). Segala sifat2 ketaatan dalam solah harus dibawa keluar solah. Rendah pandangan ketika solah, membaca quran, takbir, tahmid dan seterusnya, semuanya perlu dipraktikan di luar solah. Semoga diberi taufik untuk memperbaiki mutu solah kita. Amin !

Hati Ibarat 'Sponge'

'Sponge' akan menyerap sebarang cecair, bila kita celup dalam bekas berisi teh, bila diperah maka air teh lah yang akan keluar. Begitu juga bila dicelup dalam bekas berisi air kopi, bila diperah air kopi lah yang akan kelihatan. Bila hati (ibarat sponge) kita dicelup / tenggelam lemas dalam kecintaan @ keasyikan dunia, bila diperah @ bertembung dengan malaikil maut, maka perkara itulah akan terkeluar dari mulut kita sebagai kalam terakhir. Wana 'uzubillah !