Soalan pertama (dalam kubur) yang akan diajukan kepada setiap manusia yang meninggal dunia ialah "Ma Rabbuka" = Siapakah Tuhan kamu ? Jawapan yang akan diberi bergantung kepada apa yang ada dalam hati (Iman/i'tikad) tuan punya diri. Jawapan dalam bahasa 'Arab (tidak semestinya mereka yang fasih berbahasa 'Arab mampu menjawab). Kalau semasa hayat di dunia dulu, seharian/sentiasa/sepanjang masa dia bertaqwa pada Allah swt, me'lobby' keagungan/kebesaran/kerahiman Allah swt pada manusia lain, basah lidahnya dengan menyebut nama + kalimah Nya yang suci, BERTUAH lah! Tetapi kalau semasa hayat di dunia kita asyik me'lobby'/'discuss' keagungan/kebesaran/kehebatan makhluq ciptaan Nya (tanpa mengaitkannya dengan Allah swt), NAHAS lah!
Jika diteliti dalam kehidupan kita seharian, percakapan apakah yang menjadi topik perbincangan harian kita? Berbalik kepada profesyen masing2. Para Pemimpin - dok terkejar2 pangkat melobbi rakyat jelata, Para Peniaga - melobbi pelanggan dengan produk terbaik mereka, Para Tobib (doktor) - melobbi pesakit dengan ubat2 yang super power, Pegawai Kerajaan/Swasta - melobbi pelanggan masing2 dengan perkhidmatan, Para Penuntut - menuntut/discuss bagaimana nak cemerlang dalam akademik masing2...begitulah seterusnya profesyen yang wujud di muka alam ini
Oleh itu TER SANGAT2 LAH penting agar kita menyelitkan sebanyak mungkin perbincangan/pendengaran yang berunsurkan Keagungan/Ke-Esaan/ Kerahiman Allah swt dalam percakapan seharian kita...agar tidak lah 'kekok' bila terserempak dengan Munkar + Nakir yang sedang menanti setiap daripada kita...Semoga Allah swt selamatkan kita semua dari bencana di Alam Kubur...amin
Monday, September 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment