Wednesday, September 17, 2008

AWAS 3 TA

Mengimbau kembali sejarah Nabi saw. Beliau pernah di tawarkan 3 perkara (3 TA) oleh pemuka2 Kafir Quraisy Makkah dengan syarat beliau menghentikan serta merta DAKWAH + TABLIGH / seruan supaya manusia kembali beriman pada Allah swt. Tawaran dibuat melalui paman beliau

Di jawab oleh Nabi saw : "Jika sekiranya mereka mampu meletak kan Matahari di tangan kanan ku dan Bulan di tangan kiri ku sekali pun, nescaya saya tidak akan menghentikan seruan ini". Apakah 3 TA itu ?
1. TAKHTA (dilantik menjadi ketua bagi seluruh tanah Hijaz)
2. HARTA (dikumpulkan/diserahkan seluruh harta kekayaan dari seluruh pelusuk Hijaz)
3. WANITA (dikahwinkan dengan wanita yang tercantik/ter'cute' yang ada di sekitar tanah Hijaz)

Dan memang sejarah pasti akan berulang. 3 TA inilah yang telah/sedang/akan menguji kita(termasuklah penulis yang hina dina ini). Tiada daya dan upaya untuk menepis ujian tersebut di atas TANPA pertolongan dari Allah swt jua

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu...Surah Muhammad : Ayat yang ke 7

'Soalan Bocor' - e

"Man ikhwanu ka" = Siapa saudara/i mu? Jawapan yang sepatutnya ialah SEMUA Orang yang beragama Islam. Secara teori nya, begitu mudah untuk kita menjawab soalan ini. Namun sebenarnya ianya bergantung kepada sebanyak mana kita telah menghubungkan silaturahim dengan saudara/i se'kalimah' dengan kita

Apa yang berlaku ialah (di negara ini sekurang2 nya), rakyat dari negara jiran seperti Indon, Bangla, Nepal etc...seolah2 di kelaskan sebagai golongan yang 'tersisih', padahal mereka pun hamba Allah swt macam kita. Mulia/hina nya seseorang di sisi Allah ialah sejauh mana TAQWA nya. Usahkan nak makan se'talam'/berjemaah, beri salam pun tidak ter'niat' oleh kita ! ZIARAH untuk silaturahim...emmh...jauh sekali

Renungkan lah sedalam2 nya...adakah dengan 'atitude' ini menyenangkan Allah swt atau ianya akan mengundang sebaliknya. Semoga Allah swt memberi kita semua taufk & hidayah Nya untuk bersiap sedia menjawab ke 5-lima soalan bocor di atas (dalam riwayat yang lain 3 soalan dan ada riwayat kata 6 soalan semuanya...wallahu a'alam bissawab)

'Soalan Bocor' - d

"Ma dinu ka" = Apa agama mu? Jawapan yang sepatutnya ialah apa yang telah menjadi anutan/ikutan/amalan yang kita jalani/sebati dengan kehidupan kita seharian. Kalau lah Islam yang menjadi 'way of life' kita...'Alhamdulillah' syukur banyak2.

Dan minta jauh sama sekali kehidupan yang mirip dengan orang2 Yahudi (kehidupan yang mengagungkan/mengejar/men'gila'i harta benda/pangkat semata2), Nasara (percampuran/pergaulan bebas lelaki + perempuan tanpa batas) & Majusi (segala rupa macam aktiviti sukan yang sehingga mengabaikan syariat Allah swt)...'amin ya rabbal 'alamin'

Monday, September 15, 2008

'Soalan Bocor' - c

"Ma Kitabu Ka" = Apakah kitab mu? Jawapan yang akan diberi adalah berdasarkan sejauh mana/sebanyak mana/selama mana kita mentelaah/membaca/menghayati sesuatu kitab/penulisan 'tertentu'. Kalau lah Al Quranul Karim yang menjadi bacaan/tatapan harian + dihayati apa2 yang terkandung di dalamnya, PASTI inysa Allah! gembiralah natijahnya.

Sebaliknya amat MALANG + sedih yang tidak terhingga jika masa yang diperuntuk kan lebih banyak kepada mem'belek'2 Berita Harian/Harian Metro/The Star/Nan Yang Siang Pau (dulu kecik2 attend sekolah cina-pandai ler baca)/Harakah/Majalah Mangga/Family/Hip dan macam2 lagi (tak termampu membilang 1 per 1) sehinggakan tak berkesempatan nak MENYENTUH Quran...na'uzubillah

Sedhaif2 nya, ikhtiar lah khatam kan Quran sekali dalam Ramadhan yang mubarak yang masih berbaki beberapa hari lagi...inysa Allah (atau sekurang2 nya khatam 2 kali dalam setahun, at least boleh buka mulut dan jawab kat Malaikat...Al Quran)

'Soalan Bocor' - b

"Man Nabiyyu Ka" = Siapakah Nabi Kamu ? Jawapan yang diberi bergantung sejauh mana kita 'ittibak' = mencontohi/praktik kan 'way of life'=gaya hidup junjungan besar Nabi saw dalam kehidupan seharian. Bukan nya kenal Nabi saw melalui tulisan/paparan sejarah/biodata semata2. Sejauh mana kita meyakini dalam hati dan menzahirkan dalam perbuatan 'sunnah' bermula dari bangun tidur sehingga tidur kembali (24 hours). Terasa bangga + syukur dapat beramal dengan sunnah. Jika yang menjadi ikutan/idola/kebanggaan kita selain dari Nabi saw, MUSTAHIL kita mampu menjawab soalan bocor ini...na'uzubillah

Mohon dijauhkan daripada akhlaq yang buruk dimana manusia yang memandang rendah/leceh/out dated terhadap sunnah Nabi saw. Cakap bukan main sayang lagi pada junjungan Nabi saw. Selawat (laungan semasa solah Taraweh)/berarak (sambutan maulidul rasul)/berzanji/beristeri ramai dan pelbagai lagi. Tapi kalau diselidiki dalam diri kita...usahkan 10 bahkan 1 sunnah Nabi saw pun...ya Allah...hampir2 pupus

Semoga Allah swt memberikan ummat ini taufik untuk kembali menghayati sunnah dalam erti kata yang sebenarnya. Amin Ya Rabbal 'Alamin

'Soalan Bocor' - a

Soalan pertama (dalam kubur) yang akan diajukan kepada setiap manusia yang meninggal dunia ialah "Ma Rabbuka" = Siapakah Tuhan kamu ? Jawapan yang akan diberi bergantung kepada apa yang ada dalam hati (Iman/i'tikad) tuan punya diri. Jawapan dalam bahasa 'Arab (tidak semestinya mereka yang fasih berbahasa 'Arab mampu menjawab). Kalau semasa hayat di dunia dulu, seharian/sentiasa/sepanjang masa dia bertaqwa pada Allah swt, me'lobby' keagungan/kebesaran/kerahiman Allah swt pada manusia lain, basah lidahnya dengan menyebut nama + kalimah Nya yang suci, BERTUAH lah! Tetapi kalau semasa hayat di dunia kita asyik me'lobby'/'discuss' keagungan/kebesaran/kehebatan makhluq ciptaan Nya (tanpa mengaitkannya dengan Allah swt), NAHAS lah!

Jika diteliti dalam kehidupan kita seharian, percakapan apakah yang menjadi topik perbincangan harian kita? Berbalik kepada profesyen masing2. Para Pemimpin - dok terkejar2 pangkat melobbi rakyat jelata, Para Peniaga - melobbi pelanggan dengan produk terbaik mereka, Para Tobib (doktor) - melobbi pesakit dengan ubat2 yang super power, Pegawai Kerajaan/Swasta - melobbi pelanggan masing2 dengan perkhidmatan, Para Penuntut - menuntut/discuss bagaimana nak cemerlang dalam akademik masing2...begitulah seterusnya profesyen yang wujud di muka alam ini

Oleh itu TER SANGAT2 LAH penting agar kita menyelitkan sebanyak mungkin perbincangan/pendengaran yang berunsurkan Keagungan/Ke-Esaan/ Kerahiman Allah swt dalam percakapan seharian kita...agar tidak lah 'kekok' bila terserempak dengan Munkar + Nakir yang sedang menanti setiap daripada kita...Semoga Allah swt selamatkan kita semua dari bencana di Alam Kubur...amin

Sunday, September 14, 2008

Ketetapan Ilahi

Jodoh, ajal maut dan rezeki sudah ditentukan oleh Allah swt bagi setiap makhluq ciptaan Nya, apatah lagi kita adalah sebaik2 mahkluq ciptaan Nya. Kerisauan yang 'melampau' terhadap ketiga2 perkara tersebut sebenarnya menzahirkan kejahilan kita di sisi Nya. Masalah yang sebenar bagi kita semua ialah bagaimana kita semua dapat menjalani kehidupan yang sejahtera, aman, makmur dan terhindar dari 'azab + bencana siksaan Api Neraka. Sedangkan api dunia pun sudah tidak tertanggung. Inikan pula nyalaan api akhirat. 'Na'uzubillah min dzalik'. Semoga Allah swt selamatkan kita dan ummat ini seluruhnya

Wednesday, September 10, 2008

13 PINTU – PINTU REZEKI

Berdasarkan Quran + Hadith, para ulama' sepakat bahawa berikut merupakan pintu2 rezeki bagi seorang yang BERIMAN...
1. Taqwa – takut/taat/patuh hanya pada Nya
2. Tawakkal – berserah diri sepenuhnya kepada Nya
3. Solat – selain dari yang fardhu, ditambahi dengan yang sunnat
4. Doa – sentiasa bermohon/bermunajat pada Nya jua
5. Dakwah – menyeru manusia kepada Nya
6. Zikir – sentiasa menghubungkan diri pada Nya
7. Istiqamah dalam Iman dan 'amal soleh
8. Silaturrahim – menghubungkan silaturahim sekalipun mereka yang membenci
9. Taklim – belajar ilmu2 agama/akhirat
10. Tilawah – membacakan ayat-ayat suci Al Quran secara istiqamah
11. Sedekah – membelanjankan harta semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Nya
12. Nikah – mendirikan rumah tangga...dan yang 'last but not least'...
13. KERJA / Berusaha - makan gaji / self employed yg pasti halal

Semoga Allah swt memberi kekuatan kepada kita untuk berikhtiar melalui kesemua saluran/pintu2 di atas. Amin

Saturday, September 6, 2008

Sambungan...sifat 'Ananiah'

Antara mula2 maksiat yang wujud setelah manusia diciptakan ialah sifat 'ananiah' ( Ana = Aku ). Sifak 'keakuan' = 'ananiah' amat merbahaya. Cuba bayangkan, asbab sifat tersebutlah dia Syatian/Iblis dilaknat (kekal) oleh Nya. Contoh yang mudah ialah kata2/perasaan(dalam hati) seperti,
1. emmh...macam mana nak makan dengan dia...aku lepasan 'u' sedangkan dia...emmh SPM pon tak lepaih...
2. aku pegawai/dr/prof/datuk/dato'/datin/tuan haji...dia...habuk pon tak de !
3. aku ahli masjid...dia tu...batang hidung pon tak nampak
4. aku ade kereta/motor jaguh/motor kapcai...dia...kaki ayam jer
5. dan begitulah...seterusnya...

''wana 'uzubillah min dzalik...''

Sifat 'Ananiah'

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ : قَالَ أَنَا۟ خَيۡرٌ۬ مِّنۡهُ‌ۖ
Iblis menjawab: Aku lebih baik daripadanya...(permulaan ayat ke 75: Surah Sad)

( Maksud Vs. Keperluan ) Hidup

Berdasarkan Al Quranul Karim, Allah swt mengutuskan manusia (kita) untuk 2 maksud.
Sebagai 'khalifah' dan 'beribadah' - demi untuk kelangsungan hidup yang sejahtera di dunia yang fana ini dan kegembiraan/keseronokan yang tidak berpenghujung di kehidupan akhirat yang kekal abadi selamanya. Sambil2 mengecapi keperluan hidup di dunia antara lain disebutkan ialah berkeluarga, makan/minum, berpakaian, kediaman dan kemudahan logistik (berkenderaan). Malang 1000 kali malang apabila Keperluan telah tersalah tafsir sebagai Maksud Hidup (dan begitu juga sebaliknya). Natijahnya kini, jelas apa yang berlaku setiap detik seharian di depan mata kita. Semoga Allah swt memelihara kita semua dari tipu daya Dunia + Syaitan + Nafsu jahat yang sentiasa (tanpa jemu) untuk menjerumuskan kita ke lembah penyesalan yang tak berkesudahan. Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Wednesday, September 3, 2008

"Qolbin Salim"

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
يَوۡمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ۬ وَلَا بَنُونَ (٨٨) إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبٍ۬ سَلِيمٍ۬ (٨٩)
Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun. Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); Ayat ke 88 + 89: Surah As Shuara

Tak tahu ? Jangan malu bertanya !

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
فَسۡـَٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّڪۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
maka bertanyalah kamu kepada Ahluzzikri jika kamu tidak mengetahui.
Akhir ayat 7 : Surah Al Anbiya

Tuesday, September 2, 2008

Advices 4 us (as well)

Some advices from Our Beloved Nabi s.a.w to his companion, Aboo Zarr r.a. :
1. Develop fear of Allah ta'aalaa in your heart, because this is the root of it all
2. Stick to reading the Quran because it is noor for you in this life and provision for the aakhirah
3. Abstain from too much laughter because it causes the heart to whiter and the face loses its lustre
4. Stick to jihaad because this is the rahbannneeyah (monasticism) of my ummah
5. Associates yourself with the poor and the needy, be friendly with them and sit in thier company
6. Look towards those who rank below you (so that you may get used to being thankful) and do not look at those who rank above you, lest you should despise the favours of Allah ta'aalaa upon you
7. Let your own faults prevent you from criticizing others and do not try to find fault with others, because you commit those faults yourself. It is enough to prove you at fault that you should find in others such faults as you yourself possess, though you may be not aware of them and that you should find in others such misdeeds as you commit
8. There is no wisdom better than prudence, nor any nobility better than polite manners

( exctracted from Fadaa'il of The Quran, 3rd Edition by Syaikh al-Hadeeth Mawlaanaa Muhammad Zakariyyaa, pages No 41 - 44 )

70 kali sehari ( setiap 21 minit sekali )

Sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a.,bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud, " Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari."ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa. Maka berkata Izrail: " Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa"Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya dengan malaikat maut.
1 hari=24 jam=1440 minit1440 minit/70 kali malaikat menjenguk kita=20.571 minit
INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT

Jiwa & Harta Benta Orang Mukmin - sudah dibeli

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَٲلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَ‌ۚ
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga,..Permulaan ayat 111 : Surah At Taubah

Monday, September 1, 2008

Bulan Ramadhan terbahagi 3

Permulaan 10 hari Ramadhan merupakan Rahmat
اووالوهو = رحمه
Pertengahan 10 Hari Ramadhan akan diberi Keampunan
وا ڠاءو ساتوهو = مغفرة
Akhir 10 hari di Lepaskan dari Api Neraka
وا اخيراوهو = اتقون مينن نر

"24 Hours"

Kalimah Toyyibah @ " La ilaha illallah Muhammadur Rasullah " mempunyai 24 huruf hija'iah. Kalimah 'La ilaha illallah' merupakan kalimah IMAN = iaitu i'tiqad / pergantungan kita hanya kepada Allah swt semata2. Kalimah 'Muhammadur Rasullah' merupakan kalimah AMAL = iaitu gerak laku/akhlaq kita hanya berlandaskan contoh yang telah dipamerkan oleh Nabi saw. Oleh itu 24 jam / setiap saat kehidupan kita sehari semalam tidak boleh lari dari memenuhi tuntutan Kalimah Toyyibah

Anak kunci syurga ?

Solah bukan setakat 'anak kunci' syurga bahkan ianya juga 'tiang agama'. Juga sebagai 'wasilah' untuk mengadu hal makhluq kepada Khaliq (Allah swt). Segala sifat2 ketaatan dalam solah harus dibawa keluar solah. Rendah pandangan ketika solah, membaca quran, takbir, tahmid dan seterusnya, semuanya perlu dipraktikan di luar solah. Semoga diberi taufik untuk memperbaiki mutu solah kita. Amin !

Hati Ibarat 'Sponge'

'Sponge' akan menyerap sebarang cecair, bila kita celup dalam bekas berisi teh, bila diperah maka air teh lah yang akan keluar. Begitu juga bila dicelup dalam bekas berisi air kopi, bila diperah air kopi lah yang akan kelihatan. Bila hati (ibarat sponge) kita dicelup / tenggelam lemas dalam kecintaan @ keasyikan dunia, bila diperah @ bertembung dengan malaikil maut, maka perkara itulah akan terkeluar dari mulut kita sebagai kalam terakhir. Wana 'uzubillah !

Saturday, August 23, 2008

' Kembali ' pada Nya

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ وَنَبۡلُوكُم بِٱلشَّرِّ وَٱلۡخَيۡرِ فِتۡنَةً۬‌ۖ وَإِلَيۡنَا تُرۡجَعُونَ
Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.Surah Al Anbiya : Ayat 34

Tuesday, August 19, 2008

Perhiasan Hidup Dunia

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱلۡمَالُ وَٱلۡبَنُونَ زِينَةُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ وَٱلۡبَـٰقِيَـٰتُ ٱلصَّـٰلِحَـٰتُ خَيۡرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابً۬ا وَخَيۡرٌ أَمَلاً۬
Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. Surah Al kahfi : Ayat 45

The best 'remedies' ever !

...sambung ayat 82...Surah Al Isra'...
وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ۬ وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ‌ۙ
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya...

'Batil pasti lenyap'

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَقُلۡ جَآءَ ٱلۡحَقُّ وَزَهَقَ ٱلۡبَـٰطِلُ‌ۚ إِنَّ ٱلۡبَـٰطِلَ كَانَ زَهُوقً۬ا
Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap
Surah Al Isra' : Ayat 81

Wednesday, August 13, 2008

Responsibility

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارً۬ا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala)...Surah At Tahrim : Permulaan ayat ke 6

Wednesday, July 30, 2008

" Dunia "

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا لَعِبٌ۬ وَلَهۡوٌ۬‌ۖ
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan...Permulaan ayat 31 : Surah Al Anaam

Wednesday, July 23, 2008

'Ulil - Amri'

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ‌ۖ
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.
Surah An Nisa : Permulaan Ayat ke 58

'Adil

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ : إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَظۡلِمُ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ۬‌ۖ
Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu)
Permulaan Ayat 39 : Surah An Nisa

Tuesday, July 22, 2008

Dunia Ibarat Penjara

اد دونييا سيججينون مؤمنين وا جنةالكافير
Dunia ini adalah penjara (diibaratkan) buat orang2 mukmin dan syurga bagi orang2 kafir

"The Wiser"

ال كيييسو من دانا نفساهو وا عمل ليما بڠ دل موت
Sebijak - bijak manusia ialah mereka yang beramal (membuat persiapan) untuk kehidupan selepas mati - mafhum al hadith

Monday, July 21, 2008

'kejayaan sebenar'

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَڪُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَ‌ۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. Surah Ali Imran : Ayat 185

'azam'

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُتَوَكِّلِينَ
Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. Surah Ali Imran : Ayat 159

Maha 'Adil nya Allah swt

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡہَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡ‌ۗ
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
Al Baqarah : Ayat 285

Saturday, July 19, 2008

"Infak"

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
لَن تَنَالُواْ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ‌ۚ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَىۡءٍ۬ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ۬
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. Ali Imran : Ayat 92

"hablum minallah + hablum minan nas"

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ضُرِبَتۡ عَلَيۡہِمُ ٱلذِّلَّةُ أَيۡنَ مَا ثُقِفُوٓاْ إِلَّا بِحَبۡلٍ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَحَبۡلٍ۬ مِّنَ ٱلنَّاسِ
Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia ...ila akhir ayah. Surah Al Imran : Ayat 112

Wednesday, July 16, 2008

Qada' & Qadar

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُل لَّن يُصِيبَنَآ إِلَّا مَا ڪَتَبَ ٱللَّهُ لَنَا هُوَ مَوۡلَٮٰنَا‌ۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡيَتَوَڪَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal. At Taubah : Ayat 51

Betapa ramai orang yang 'tersalah' tafsir

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَأَنفِقُواْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا تُلۡقُواْ بِأَيۡدِيكُمۡ إِلَى ٱلتَّہۡلُكَةِ‌ۛ وَأَحۡسِنُوٓاْ‌ۛ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ
Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. Al Baqarah : Ayat 195

Tuesday, July 15, 2008

Best companion !

A sahabee asked the nabee s.a.w. "Who can be the best companion for us?" He answered: " Such a person that when you see him, you remember Allah swt, when you listen to him, you knowledge of Islam is increased, and when you see his actions, you are reminded of the akhirah" From Al - Targhib

Monday, July 14, 2008

Allah swt menurunkan hujan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مِن مَّآءٍ۬ فَأَحۡيَا بِهِ ٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ مَوۡتِہَا...
...demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu
Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya... Al Baqarah : Ayat 163

Fadhilat Air Zam - zam

1. Air zam-zam merupakan air yang terbaik diatas muka bumi dan bolehmenyembuhkan pelbagai penyakit (dengan izin Allah s.w.t)
2. Air zam-zam diberkati dan mengenyangkan peminumnya.
3. Air zam-zam menyempurnakan hajat peminumnya (dengan izin Allahs.w.t).
4. Allah s.w.t telah menjadikan air zam-zam yang berkat ini sebagaipenyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnyakewujudan Baitullah di bumi tersebut.
5. Air zam-zam merupakan salah satu daripada mata air syurga.
6. Air zam-zam merupakan salah satu daripada tanda-tanda kekuasaan Allahs.w.t di bumi Makkah.
7. Air zam-zam merupakan salah satu daripada nikmat yang besar danmanfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.
8. Air zam-zam keluar dari kawasan yang paling mulia di muka bumi ini.
9. Air zam-zam merupakan air yang dipilih untuk membersihkan hatiRasulullah s.a.w beberapa kali.
10. Air zam-zam boleh menyembuhkan demam panas.
11. Banyak meminum air zam-zam merupakan sebahagiaan dari tandakeimanan dan kebebasan dari sifat munafiq (hal ini kerana orang munafiqtidak mempercayai kelebihannya, wallahu a'alam).
12. Air zam-zam merupakan minuman orang-orang mulia (al-abrar).
13. Air zam-zam boleh menambahkan kekuatan tenaga tubuh badan kita.

Musibah dari Allah swt

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali
Al Baqarah : Ayat 156

Saksi di Akhirat (2)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَيَوۡمَ يُحۡشَرُ أَعۡدَآءُ ٱللَّهِ إِلَى ٱلنَّارِ فَهُمۡ يُوزَعُونَ
Sehingga apabila mereka sampai ke Neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan
حَتَّىٰٓ إِذَا مَا جَآءُوهَا شَہِدَ عَلَيۡہِمۡ سَمۡعُهُمۡ وَأَبۡصَـٰرُهُمۡ وَجُلُودُهُم بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ
Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami? Kulit-kulit badan mereka menjawab: Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata, telah menjadikan kami dapat berkata-kata dan Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan)
Surah Fussilat : Ayat 19 - 20

Saksi di Akhirat (1)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
يَوۡمَ تَشۡہَدُ عَلَيۡہِمۡ أَلۡسِنَتُهُمۡ وَأَيۡدِيہِمۡ وَأَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ
Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan
Surah An Nur : Ayat 24

Semoga Allah swt

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرً۬ا يَرَهُ ۥ
وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ۬ شَرًّ۬ا يَرَهُ ۥ
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Saturday, July 5, 2008

Muslimah head scarft


Zam-zam's outlet

Zam - zam water molecules images


Exellent ! brilliant hexagone zam-zam's molecules. May Allah swt give us His taufeeq & hedayaah...to drink them a lot...amin

Batasan Aurat !


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزۡوَٲجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡہِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا

Al Ahzab : 59

Wednesday, July 2, 2008

ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلاً۬‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) Al Mulk : Ayat 2
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارً۬ا
وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡہَا مَلَـٰٓٮِٕكَةٌ غِلَاظٌ۬ شِدَادٌ۬ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan ( At Tahrim : Ayat 5 )

Tuesday, July 1, 2008



‌ۖبِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
وَٱبۡتَغِ فِيمَآ ءَاتَٮٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلۡأَخِرَةَ‌ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ ٱلدُّنۡيَا
وَأَحۡسِن ڪَمَآ أَحۡسَنَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَ‌ۖ وَلَا تَبۡغِ ٱلۡفَسَادَ فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ

Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakanYin ( Al Qasas : Ayat 77 )

Pantai Sri Tujoh, Tumpat Kelantan
I was given the oppurtunity to share a presentation on 'Stress & it's management'